Sunday, November 8, 2009

Piala Malaysia 2009 khas untuk Tuanku Muhriz


PERJALANAN JAUH TAK KU ENDAH

Piala Malaysia tahun ni merupakan kenangan terindah. Wa hanya miss 3 games masa group clash. Suku, semi dan akhir wa registered full attendance. Lam ghaib mumkin, walakin maujud daiman abadan. Dari Paroi ke Darul Aman,terus ke Kuala Terengganu dan berakhir di Bukit Jalil dengan kejayaan sejuta kenangan.




PENGALAMAN SEDANGKAL PEMIKIRAN

Memang best bersama rakan2 di N9Futbol.com. Waghih tegar sehidup semati. Heheh macam2 kerenah macam2 ragam, seperti duduk dalam satu dorm asrama. Syabas pada 3-4 brothers yang menjadi penjawab tempahan dan otai lain yang bertungkus lumus menjayakan trip nie. Trip ke Kedah, aman sahaja laksana nama Negerinya. Yelah kami cuma melawan pasukan kelab sahaja, lagipun pengalaman wa keje di utara dulu, orang2 disini x ganas, diorang respect org, yang datang disambut, yang balik dilambai. Apalagas, stadium Darul Aman kena conquer la sebab x ramai org Kedah datang.

Tapi lain ceritanya di Kuala Terengganu, the expected was unexpected. 2 penyokong N9 terpaksa mendapat rawatan di hospital. Report polis dibuat. Stadium terlampau pack sangat. Kapasiti wa rasa 12-15k jer, tapi yang datang lebih dari tu. Sampai ada yang bersila sebelah pagar stadium, dan kami cuma dibenarkan datang 160-180 org jer, memang masak la. Sebaik la polis sana ada, kalu xda lagi teruk lagi. Terima kasih juga dengan Ganusoccer.net yang membantu kami. First time bas-bas kami diescort sampai ke Marang. Tapi sempat jugak diorang baling batu tu, heran tul. Tapi mercun jenis bungapi yang meletup kembang 10 meletup lagi tuh yang buat gua x puas hati, dibaling ditengah2 180 orang kami....bukannya apa, ada 10 budak bawah 10 tahun. Tapi tulah kami dah pesan jangan bawa anak, diorang bawa anak gak, so nak buek canno, bebudak tu kami masukkan ke dalam control room stadium tersebut yang betul2 di kawasan kami...



MANGSA JUALAN TIKET

Selepas balik KT, kitorang dah merancang ke Bukit Jalil. Penyokong Tegar N9 yang selalu penuhkan stadium paroi 15-20k sahaja. 20k lg datang bila menang. Kelantan usah cakap la, penyokong diorang memang confem bleh capai 60k. Jadi dimaklumkan dalam paper, N9 diberi 20k dan Kelantan 30k dan selebihnya 35k akan dijual di Bukit Jalil. Ceritanya bila start dijual pada hari Selasa, di KB habis dalam masa 4-5 jam sahaja walhal di Seremban mengambil masa 3 hari untuk habis. Puak N9 ni mmg lambek boli, sobab diorang ingat leh cargas ke Bukit Jalil, Entah macam mana, 30k dari 35k tiket yang janji dijual di BJ dihantar ke KB sebelum Jumaat, dan pada hari jumaat baki 5k dijual di BJ. Tu yang buat spoil tu, masa gua saje tgk perkembangan di BJ pada hari Jumaat, beribu penyokong N9 berasak dengan penyokong kelantan yang tinggal di KL, apo cer? puluh ribu rebut 5k? Jadi akibatnya 22k N9 ditemani oleh 64k orang Kelantan. Masak la. Sejak 12 tahun wa duduk KL ni, x pernah wa miss satupun final Piala Malaysia, kalau wa bukan orang N9, x tahulah tahun ni leh tgk final ke tidak. Mmg full packed.

PESAN MB DAN KETUO KAMPUNG SURUH BERADAB

MB N9 dan semua ketuo kampung termasuk Imam surau dan masjid N9 telah pesan agar penyokong N9 beradab tengok final bola. N9 Futbol dan Kelate.Net telah lancar kempen anti keganasan bolasepak. Orang N9 sonang jago dan memang mendonga kato,org minang ni kalau marah diorang diam. Tapi bilo x tahan, memang susah nak menyobakannya. Dengan penyokong yang outnumbered, memang senang kami diprovoke. Mujurlah polis ada mengawal keadaan. Orang Kelantan OK bukannya ganas, tapi ada segelintir tu bila dah ramai diorang naiklah syeikh, biasalah. Cuma peristiwa tu menjadikan ado yang berdendam. Tu terpulanglah kepado masing2. Sedih, sesama Melayu pun pasal bola nak gaduh. Buek apo beriyo bona, monang kalah adat pertandingan. Kita nie bukan ramaipun. Wa salute kepada seorang AJK Kelate.Net yang cedera dipukul oleh Geng Merah kerana membantu 2 orang penyokong N9 yang dipukul di LRT BJ. Nasib baik betul kejadian tu berlaku ketika Penyokong N9 masih belum habis keluar, dan sedang meraikan penganugerahan piala di dalam stadium. Kalu x entah apa yang akan jadi. Papopun timo Kaseh. Wa tabik spring kat lu.


AKHIRNYA PENANTIAN 61 TAHUN TERUNGKAI JUO

Ramai heran apa rahsianya team N9 boleh cipto rekod PM. Menang sume game. Score 27 bolos 3 sahaja. Punco? Team ni kuat disume posisi. Diorang lak main untuk ungkaikan impian 61 tahun rakyat N9. Piala khas untuk Yam Tuan. Dibantu pulak dengan tarikh, tahun yang seakan berpihak kepada N9. Itu sahaja. Jadi tahniah N9. Tahniah sumo. Dapat jugak wa kucup Piala Malaysia Piala Keramat.



Balik juo ko jang ooi balik ke kampung
Lamo bona ko jang oii dighantau oghang
Alahai anak omak!!!!

Tuesday, October 6, 2009

Kemeriahan Liga Malaysia Perlu Lebih Promosi

Kalu korang perasan, promosi Liga Malaysia dirasakan tidak hebat dan meriah berbanding promosi yang dibuat ke atas Liga Bolasepak Utama dunia. Promosi ibarat lepas batuk di tangga.

Kita arif mutu bolasepak negara jauh ketinggalan berbanding di Eropah, kita tahu ramai lagi bebudak ni sokong team Eropah dari team negeri atau kelab di Malaysia, kita tahu ramai yang lebih menanti keputusan luar negara dari keputusan dalam negara..tapi wa tau jauh dilubuk hati, sesapa yang berstatus warga negara Malaysia PASTI ingin tahu perkembangan terkini bolasepak negara

Pedulikanlah prestasi mereka, pergi jahanam keputusan perlawanan mereka, lantaklah apa yang level bolasepak kita..tapi sikap sayangkan bolasepak negara SEMEMANGNYA ada di setiap hati kita. X gitu?

Oleh tu, wa harap agar pihak yang berwajib meriahkan la semula Liga Malaysia ini. Macam mana orang nak p stadium, kalau promosi tiada. Kekadang orang x tau Liga Malaysia ni dah sampai peringkat mana.

Orang x datang umah kita, kalau kita x ajak datang rumah! Orang luar x datang melancong ke Malaysia kalau warga Kementerian Pelancongan buat keje di pejabat sahaja!! Arwah Uwan gua pernah cakap, kalo kito buek kenduri, jangan ado niat harap jangan ramai yang datang takut lauk x cukup, InsyaAllah orang x akan datang, lauk mesti berlebih! Niat memang x akan menghalalkan cara.

Masih ingatkah kita dolu2, paper kita penuhkan satu page pasal pre and post matches. Kita sampai berebut suratkabar dengan family member untuk baca suratkhabar. Haha nak berebut baca page belakang. Itu zaman semi-pro jer tuh

Masih ingatkan kita dolu2, di jalan raya kereta2 pakai sticker team masing2.. itu zaman semi-pro jer tuh

Masih ingatkah kita dolu2, kat sekolah kita berebut cite pasal bola sepak negeri masing2..sampai ada yang bertumbuk..itu zaman semi-pro jer tuh

Puncanya? Promosi masa tuh hebat jer. Baik dari penaja, suratkhabar, media dan FAM sendiri. X hebat pun bolasepak masa tuh.Jangan cakap masa tu kita hebat, wa rasa sama jer, mungkin sekarang lagi hebat, masa tuh xda Astro jer...

Kemajuan bolasepak negara bukan milik FAM dan TM selaku penaja..semuo pihak bertanggungjawab, termasuk suratkhabar tempatan. Oleh itu, wa harapkan banyakkanlah lagi promosi bolasepak negara. Tau kenapa ada team berhutang? Kenapa gaji x bayar? Kenapa EPF x potong? Sebagai orang x p stadium..

Pedulikanlah team lu kalah, diorang kalah sebab lu x p stadium sorak diorang...Lu pikir la sendiri

Sebagai peminat bolasepak negara, kita mesti memperjuangkan isu promosi ini. Kita mesti maklumkan pihak media tempatan untuk memperbanyakkan cerita bolasepak negara di dada akhbar tempatan. Rasanya paper kita masih lagi laku kalau hari2 keluar cite Liga M. Orang masih ghairah dengan team negeri masing. Percayalah!!!!

Sokong team luar negara x akan memajukan bolasepak kita. Diorang tambah kaya ada la. Nasib bolasepak kita adalah di bawah telapak tangan kita. Kita sendiri yang mampu mengubahnya...Ayuh!!!

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Ghayo





Sempena menyambut Syawal Qudus ini, gua sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap selama kita bersaudara. Sesungguhnya gelak ketawa dan hiba nangis gua dengan korang selama ni adalah ikhlas.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ.

رواه الطبراني

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. "(Riwayat Tabrani)

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

Dari Bahau Sekeluarga

Thursday, September 3, 2009

Meriam Buluh Meriam Tanah

Tetiba wa terkenangkan kisah kecik2 dulu di kampung masa menyambut Ramadhan..x lain x bukan ialah main meriam buluh dan meriam tanah...

Meriam buluh ni x best main sorang2 atau sorang dua, dia kena main berkumpulan. Tag team ni normally 3-4 orang. Tukang bancuh, tukang suluh, tukang sorong dan tukang cucuh. Baru lengkap. Selalunya tag team ni ikut kawasan rumah yang berdekatan. Selalunya 1 kampung ada 9-10 tag teams. Yg bestnya kg gua bersambung2 dengan kg2 lain dalam jarak yang dekat dan dipanggil Mukim Kolo Jompo. Jarang tag team2 satu kg bergabung, tetapi akan bergabung secara x sengaja bila dengar dentuman dr kg sebelah. Port berbeza2, tp normally di kawasan lapang supaya bunyinya jauh kedaung.

Budak mukim gua amat berdisplin dlm hal ni. Mcm askar la katakan. Kitorang x akan main sebelum pose mencecah minggu ke-2. Mula2, lepas sekolah kitorang akan kumpul dulu bincang strategi, tahun ni meriam buluh ke meriam tanah, kalau buluh bilo nak ke baruh amik buluh, kalau meriam tanah busut rumah sapo nak dikorek, perkakas2 sapo yg bawak, buluh nak panjang mana, nak buat design apo, pelito umah sapo, port meriam dimana, duit kebait berapa hinggit soghang n last sekali sapa jadi apa masa main.

Bila dah ready, kami akan buat sama2. Dari A sampai Z. Kebait senang, beli kat kodai depan sekolah tu ja. Cakap je kat tokey tu abah kitorang suruh beli, tentu dia xkan soal. Kami akan start main lepas maghrib, then berhenti jap untuk tarawih, heheh kami memang hormat otai2 kat surau tuh, lepas tarawih kami terus cekup moreh2 di surau utk dijadikan sebagai resyen dan bawa ke port kami. Wakakaka askar mesti ada resyen. Nak perang lah katakan. Kami main ikut dentuman pihak lawan, dan akan tamat pada jam 11 lebih, kena balik beb, esok nak sekolah. Jgn terlebih2 masa sebab org kg tidur awal...wakaka

Yang bestnya, xda sorang pun otai2 kg kami yang marah kami main benda nie. Diorang cakap, ini budaya budak kg, mainan budak kg, xda benda ni x meriah la. Diorang kecik2 dulu main gak..Mungkin sebab dilihat kami berdisiplin main benda ni, kebait secukup rasa, buluh diikat rapi, x ikut perasaan...Alhamdulillah dah 30 tahun wa idup ni, xda satu kejadian x diingini berlaku dikalangan yang main benda ni di mukim kg wa. Yang pentingnya, disiplin, bekerjasama, hormat orang dan beringat selalu

Tulah kekadang bilo baca paper tengok ada yang putus sana putus sini darah sana darah sini, wa cukup heran...apsal kami bebudak kg yang pure ni x kena apa2 masa main dolu2? Bukan nak mintak la, tapi tula yang wa heran bila ada yg tercedera..main x beringat tuhan nak balas la tuh..lain kali baco Bismillah dulu

Hai...pilu rasanya bila tulis cerita ni..ke gian nak main lagi? entahla...dah la tu zaman dah berlalu..kini zaman lain, zaman carik duit, zaman memain dah habis, kini memain lain pulak wakakakaka

Kepada Prebet Ceeq, Prebet Mael, Prebet Ad, Prebet Anip, Prebet Jilin, Prebet Ayoi, Prebet Tapa...wa coretkan sedikit kisah kita masa kecik2 dolu...kisah kenangan kita akan tetap terpahat sampai bila2...tanpa korang wa x akan lalui kisah2 menyeronokkan dan penuh pengalaman itu..

Squad, jumpo kita ghayo nie, tapi sori bukan di surau pd raya pertama, raya ketiga baru balik kg, tahun nie turn Shah Alam la pulak.....

Boommm!!!!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Tarawih di Kg Tunku

Wa tiap2 malam semayang Isyak dan Tarawih di Masjid Kg Tunku, yakni dalam kejiranan mertua wa. Cuma semenjak 2-3 hari lepas wa perasan Tan Sri Sam akan semayang di saf ketiga dihadapan wa setiap malam...Tan Sri Sam memang salah satu idola wa dlm servis nie. Tak sangka Tan Sri Sam duduk di PJ lepas pencen.

Hmm..Masjid Kg Tunku ni saf 1-5 sebahagian besarnya dipenuhi oleh otai2 manakala saf2 lain oleh golongan muda. Dan otai2 nie kebanyakannya YA.Bhg. Tun/Tan Sri/Dato' Seri/Datuk Seri/Dato'/Datuk. X heran tabung Masjid ni gua tengok riban2 penyatanya setiap minggu. Kete yang parking usah cakaplah. Setakat Ferrari ngan Carrera tu tak cukup tangan nak kira. Alhamdulillah

Lantas terdetik satu perkara dlm kepala hotak gua. Kawasan ni kebanyakkannya didiami/diterokai oleh otai2 professional dimana 50% adalah bekas professional kerajaan dan 50% lagi professional swasta mcm lawyer, doktor, businessmen. Campur sume bangsa. Kawasan ni dibuka oleh PKNS pada awal 60an. X heran design rumah2 disini sebijik mcm cite Anak Bapak, Rumah Ketua Perompak Nasib Do Re Mi atau Rumah Nyonya Mansor. Besar2 dan value dia paling cipan RM2 juta. Kebanyakkan owner fasa pertama sama ada dah meninggal atau pencen. Fasa kedua (70an) sampai fasa 4 pun dah ramai yang pencen. Rumah mertua gua fasa pertama. Arwah Atok bini gua yang beli. Dia Akauntan kat AG.

Rumah kat sini mesti ada garden yg besar. Porch kete yang boleh muat 5-6 bijik. Belakang dapur ada tempat lepak n BBQ. Ruang tamu ada 2. Wow..ceritanya, kan best kalau wa masuk servis batch 60-70an. Dah tentu rumah wa akan cenggini. Tapi sekarang, kalau wa labur RM700,000 pun rumah wa tetap x sehebat rumah disini. Xda garden besar, bilik tidur kecik, car porch muat 2 kete jer (tupun proton n kancil). Padahal bila wa reccy, diorang beli rumah ni dlm hege RM200,000-RM 300,000 jer masa tu, dah sekrang diorang dah jadi jutawan dlm diam.

Moral of the story: Hebat tul servis dan professional dulu2. Tinggi status diorang masa keje hingga ke pencen. Sekarang nie dah ramai sangat dah jadi pegawai kerajaan dan join professional, kekadang org yang x lepas sekolah jual burger tepi jalan lagi kaya. Aura dolu2 tu semakin hilang. Entahlah...Wallahua'lam.

Sunday, August 23, 2009

Nikmat Ramadhan di Penarikan

Aduh bestnya puasa di kampung...sejuk, nyaman, tenteram, tenang, damai dan segalanya yang membuatkan puasa wa terasa begitu indah...kenikmatan ini takkan dapat dinikmati di Kuala Lumpur..Alhamdulillah

Aduh nikmatnya berbuka dan bersahur bersama keluarga..walaupun ada 3-4 orang adik dan ipar yang x balik ke kg, tapi air tangan ibu mencairkan segala-galanya...nikmat sungguh..rasa nak jemput ibu hari2 ke KL untuk memasak makanan kegemaran gua..best memang best..Alhamdulillah

Aduh nikmatnya berterawih bersama kawan2 dan orang2 kampung..huh surau kampung ni, memang nostalgia..walaupun dah berubah dari papan ke batu, tapi kenangan dolu2 tetap terpahat dijiwaku...terlintas lagi masa kecik2 dulu wa ber'racing basikal ke surau untuk ngaji..mencari kumbang kayu dibawah surau...mendengar ceramah ustaz2 dan kiyai2...memang banyak kenangan..Alhamdulillah

Aduh nikmatnya moreh ramai2..nikmatnya bersenda gurau dengan uwan2 acik2..ingat dolu2..sebaik salam jer witir, terus kami meloncat dari tangga yang tinggi ke dapur mencuri moreh...hahaha Ceek, Jilin, Anip, Emi, dan Mael..masih ingatkan korang kisah kita dulu...bila dah sekolah menengah, kita bukan mencuri moreh lagi..tapi x sabar nak moreh, sebab masa tula boleh jumpa dan bermesra dengan awek2 cun yang muncul dibulan pose ni..hai hanya Jilin ngan Mael jer yang belum kawin...udahlah tu..awek2 yang kita ngurat tupun dah beranak pinak..korang bilo laie? Papepun kenikmatan makan moreh akan terus menjadi pelengkap terawih di surau..Alhamdulillah

Cukup di sini dulu, nak ke Upwell Bahau, nak beli laici dlm 3-4 tin..adik wa janji nak buat Sirap Laici untuk buke nanti..perghh memang best giler sebab menu buka hari ni ibu buat tauhu sumbek kuah kacang..Alhamdulillah

Ada rezeki, wa citer pasal kisah puasa di kampung masa kocik2 dolu...tapi sebelum tu........AlFatihah wa sedekahkan kepada kedua2 atok gua, uwan Jompo gua dan sedagho magho oghang kampung wa yang dah poie dulu..wa teringat kisah kito menempuh Ramadhan dan Syawal dolu2..sobab korang la wa dah jadi canni...SYUKRAN JAZILAN, ALHAMDULILLAH DAN WA CAYA SAMA LU

Monday, August 17, 2009

Macam2 Minggu ni

PERTAMA,Wa baru balik meeting kat Sabah. 4 hari disana managed tengok 3 late night movies di Central Point. GI JOE..mang aii supeb, x sabar nak tunggu Blue Ray Disc kuar, SETEM..jalan citer yg menarik dan x membosankan..tahniah..Adflin Shauki, saper nak challenge, THE PROPOSAL, bagus, tapi ending nye x begitu kick..

KEDUA, Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia, wow terkejut. Masih terngiang kelunakan suara pemberian Ilahi kepadanya. Satu kehilangan yang besar. Suara merdunya memang susah nak dicari. Pasti sayu bila dengar dia azan dan takbir raya. AlFatihah...

KETIGA, H1N1 semakin merebak..wow cano nak buek nie..betulke ni baru first wave? kena jaga2 nie..elakkan berada di tempat awam..

KEEMPAT, adik wa Dr. Maslina convo kat UM. Tahniah. Sorang lagi pewaris kegemilangan keluarga gua. Orang Hindustan cakap "Parampara he Parampara"..

KELIMA, EPL dah kembali, Malam minggu pasti ceria. Tahun ni harap Liverpool menang at least 1 cup. Ketiadaan Alonso pasti terasa. Gerrard kena main bawah utk assist Mescherano dan Lucas.

KEENAM, Liverpool kalah plak 1st game. Sayang bawah lompong. X boleh Gerrard diletakkan assistant stricker. Dia kena jadi Forward Midfield macam selalu. Xpa baru first game. Kepada member2 MU yang SMS wa malam ni, enjoylah. Ni hari wa kena esok lusa lu pulak. Usahkan SMS, MMS n telegram akan wa hantar.. the rivals still continue

KETUJUH, Fantasy EPL gua berterabur..punca? sume players yang wa pilih mcm cibai..xpa..wa dah identify new set of team. Tottally new. Akan wa gunakan Wildcard..